Masalah Dnor Turbo 880? Kami Sedia Baiki On The Spot
Ramai pengguna Dnor Turbo 880 sering datang kepada kami kerana autogate mereka mula buat hal walaupun baru dipasang. Masalah biasa termasuk motor tak bergerak, pintu pagar tak buka, atau remote tak respon. Lebih merisaukan, installer asal kadang-kadang sudah tidak boleh dihubungi atau mereka sendiri tidak tahu bagaimana nak baiki model ini. Ada juga yang langsung tak ada stok spare parts Dnor Turbo 880. Situasi macam ini memang membuatkan customer pening kepala kerana baru je habiskan duit pasang autogate, tetapi sudah kena cari pihak lain untuk repair.
Di EE Automation, kami ada pengalaman luas dalam membaiki Dnor Turbo 880, dari masalah motor, wiring, control board, hingga remote yang tidak berfungsi. Kami juga simpan spare parts Turbo 880 supaya jika ada komponen rosak, boleh terus diganti on the spot. Ramai customer yang datang bukan sebab kami yang pasang autogate mereka, tetapi kerana mereka tak tahu siapa lagi boleh bantu bila masalah timbul. Dengan pengalaman kami, masalah Dnor Turbo 880 boleh diselesaikan cepat tanpa perlu tunggu lama atau panggil beberapa kontraktor lain.
Model Dnor Turbo 880 masih baru di pasaran Malaysia, jadi bukan semua installer atau repairer tahu cara troubleshoot dengan betul. Kalau anda tengah alami masalah dengan autogate ini dan tak tahu siapa nak bantu, EE Automation boleh datang buat pemeriksaan terus di lokasi. Kami bawa peralatan lengkap dan spare parts supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan. Hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian yang cepat, tepat dan boleh dipercayai bagi autogate Dnor Turbo 880 anda.
Pemasang Autogate Asal Tidak Tahu Baiki Dnor Turbo 880
Kami baru-baru ini dihubungi oleh seorang customer di Jalan Kebun, Shah Alam yang menghadapi masalah dengan autogate swing Dnor Turbo 880 yang baru dipasang. Ini adalah autogate pertama yang customer pasang selepas renovation dan tukar swing gate baru. Menurut customer, dia pilih Dnor Turbo 880 sebab reka bentuknya nampak moden dan canggih bila tengok di Google. Walaupun dia cuba hubungi beberapa installer autogate di Puchong, mereka tidak dapat pasang model ini kerana Dnor Turbo 880 masih baru di pasaran dan cara pemasangan serta settingnya berbeza daripada autogate biasa.
Akhirnya, customer beli sendiri set Dnor Turbo 880 secara dalam talian dan gunakan installer dari Petaling Jaya untuk pasang. Malangnya, ini adalah pertama kali installer tersebut pasang model ini dan beberapa bulan selepas digunakan, autogate mula bermasalah. Installer asal pula tidak tahu cara membaikinya, jadi customer terus mencari servis pakar untuk Dnor Turbo 880. Kami datang ke lokasi, buat pemeriksaan lengkap, dan memberikan penyelesaian cepat serta tepat supaya autogate boleh berfungsi semula tanpa masalah.
Kami Cuba Yang Terbaik Untuk Selesaikan Masalah Autogate Anda
Sebaiknya ada fikir dulu sebelum buat apa-apa pilihan, pastikan anda mendapatkan sistem autgate yang bersesuai serta pemasang autogate yang berkemahiran untuk menggelakkan masalah autogate dimasa akan datang.
Sekiranya anda terdapat apa-apa issue auto gate problem atau autogate motor rosak, anda boleh EE Automation. Kami menawarkan auto gate services terbaik. Terbaik macam mana itu? Kami boleh baiki autogate anda on the spot, kami datang checking autogate dan terus menukarkan autogate part rosak. Kami mempunyai sparepart autogate, auto gate accessories untuk pelbagai model autogate dan brand autogate yang pastikanya hanya autogate spare parts baru dan original diberikan. Team kami juga berpengalaman dan profesional mengendalikan setiap masalah autogate.
Carilah auto gate repair specialist, tanya berapa lama pengalaman dalam mengendalikan autogate, ada spare parts autogate yang tersedia dan boleh bagi autogate on the spot. Jika semua itu mereka ada, proses membaiki autogate akan lebih mudah. Salah satu syarikat autogate yang anda boleh percayai adalah EE Automation.
Team kami akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Market)
Hotline : 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo / https://youtu.be/nvSifMMO9Jk





Leave a Reply