Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Autogate Bangi – DCMoto GFM-905 Autogate Lama Tiada Spare Parts Untuk Dibaiki

DCMoto GFM-905 Autogate Lama Tiada Spare Parts Untuk Dibaiki

Baru-baru ni, kami dapat panggilan daripada seorang customer di Bangi yang memerlukan servis repair untuk autogate mereka. Sistem yang digunakan ialah DCMoto GFM-905, iaitu model lama yang memang sudah agak berusia. Bila kami periksa, memang spare parts untuk model ni dah lama tiada di pasaran. Jadi, kami terangkan kepada customer yang kami kesal tak dapat bantu untuk repair. Apa yang kami boleh cadangkan ialah tukar kepada sistem baru dengan Tronica® Arm Autogate System yang lebih moden, tahan lasak dan ada spare parts.

Tapi masa tu, customer masih nak cuba baiki juga DCMoto GFM-905 tersebut. Katanya dia nak cari auto gate repairer lain di Bangi, manalah tahu ada yang boleh tolong. Kami hormati keputusan customer dan biarkan dia cuba dapatkan second opinion. Hampir seminggu selepas itu, customer hubungi kami semula. Dari cerita customer, dia dah hubungi macam-macam pihak autogate installer Bangi, autogate repairer Bangi, kontraktor autogate Bangi dan kedai autogate sekitar Bangi. Tapi semua bagi jawapan yang sama – tak boleh repair sebab spare parts dah memang tiada.

Waktu tu barulah customer sedar, memang betul apa yang kami katakan sebelum ini. Kalau sistem autogate dah terlalu lama dan spare parts dah tak ada di pasaran, memang tiada pilihan lain selain tukar kepada sistem baru. Semua kontraktor lain pun beritahu perkara yang sama – lebih baik pasang sistem autogate baru daripada terus bazir masa dan duit nak cari parts yang memang dah tak ada. Customer pun mula faham dan bersetuju untuk tukar terus kepada Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System.

DCMoto Autogate Replacement Bangi
DCMoto Autogate Replacement Bangi

Syarikat Dan Tronica® Autogate Kami Dipercayai

Yang menariknya, customer cerita kepada kami, walaupun dia dah hubungi banyak syarikat autogate di Bangi, dia rasa lebih yakin dengan servis kami. Katanya, cara kami explain lebih telus, terus terang dan tak paksa-paksa. Sebab tu dia pilih untuk buat pemasangan sistem baru dengan kami berbanding kontraktor lain. Bagi kami, itu satu penghargaan besar sebab customer percaya dengan servis dan pengalaman kami.

Akhirnya, kami pun datang ke rumah customer untuk jalankan kerja pemasangan. Sistem lama DCMoto GFM-905 dicabut keluar sepenuhnya, dan kami ganti dengan Tronica® Stainless Steel Arm Autogate System. Lepas pasang dan test, semuanya berjalan lancar gate buka tutup dengan smooth, lebih laju dan senyap. Customer pun lega sebab tak perlu lagi risau tentang masalah spare parts ataupun rosak berulang-ulang. Dengan Tronica®, dia kini ada sistem baru yang lebih tahan lama dan mudah dijaga.

Pasang Autogate Baru Bangi
Pasang Autogate Baru Bangi

Top Autogate System – Tronica® Autogate

Kepada customer yang inginkan pemasangan autogate baru kami akan syorkan Tronica® Autogate System kerana autogate motor yang tahan lasak dan semua komponen berkualiti tinggi. Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Tronica® adalah sistem autogate berkualiti premium, dan ia tidak seharusnya dibandingkan dengan alternatif berkualiti rendah.

EE Automation menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan. Kami pakar dalam membaiki autogate untuk masalah dengan baiki arm autogate, baiki autogate control panel, baiki remote autogate, baiki sliding autogate, replace gate bearing dan tukar roda autogate. Cari kami, untuk semua keperluan autogate anda.

Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah

Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment

Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now

Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791

Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: [email protected]

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Now ButtonCall Us Now