Tukar 1 Unit Stainless Steel Arm Autogate
Sekiranya satu pintu autogate anda terbuka tapi sebelah lagi tak bergerak langsung, besar kemungkinan arm autogate tu ada masalah. Biasanya bila arm dah lama digunakan, atau ada kerosakan dalaman, ia akan buat pintu susah nak beroperasi dengan lancar. Jangan risau, pihak kami boleh datang untuk buat pemeriksaan penuh pada sistem autogate anda. Kalau perlu, kami juga boleh buat penggantian arm baru terus supaya pintu boleh bergerak macam biasa semula. Kami memang selalu bawa spare parts, termasuk pelbagai jenis dan model arm autogate, jadi anda tak perlu tunggu lama untuk pembaikan.
Ramai customer sekarang lebih suka tukar kepada jenama lain macam Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate sebab terkenal dengan ketahanan dan reka bentuk yang moden. Walaupun ia bukan jenama asal autogate anda, tapi fungsi asas arm autogate tetap sama. Cuma beza sikit dari segi bentuk dan cara pergerakan. Jadi tak perlu risau kalau nak cuba jenama lain. Semua arm yang kami pasang memang disesuaikan supaya pintu masih bergerak lancar dan selamat digunakan setiap masa.
Selain tu, technician kami yang berpengalaman akan pastikan pemasangan dilakukan dengan teliti. Kami akan check semua sistem supaya tiada masalah selepas pemasangan. Kalau ada soalan atau perlukan nasihat tentang autogate, kami sedia beri khidmat percuma. Hubungi Sam Autogate sekarang untuk pembaikan segera dan dapatkan tips supaya autogate anda tahan lebih lama dan berfungsi dengan baik.
Gantikan Dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate
Kami terima panggilan daripada customer yang kata rumah dia di Cheras, autogate not function, bunyi kuat tapi gate tak bergerak. Dari apa yang dia ceritakan, swing arm autogate tu sebenarnya tak lama lagi pun, cuma installer asal tak datang-datang, jadi customer terus hubungi kami untuk buat appointment servis. Bila autogate sebelah tak berfungsi, kemungkinan besar arm autogate tu rosak. Tapi kami tetap akan buat pemeriksaan dulu untuk pastikan punca sebenar. Lepas kami datang tengok, memang sah swing arm autogate tu rosak dan perlu diganti. Customer sendiri tanya kalau ada model arm autogate lain, jadi kami cadangkan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate sebab terkenal dengan ketahanan dan prestasi tinggi, dikuasakan teknologi Jerman terbaik, dan boleh digunakan tanpa masalah walaupun berbeza jenama dari asal.
Selepas kami terangkan semua fungsi dan kelebihan Tronica®-828, customer terus setuju untuk buat penggantian. Kami terus datang pasang arm baru, kemudian buat testing, dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang autogate berfungsi seperti biasa, cuma buat masa ini hanya sebelah kanan yang rosak. Customer kata kalau sebelah kiri pula ada masalah, dia akan terus hubungi kami. Kami sentiasa bersedia untuk datang buat servis, gantian, atau beri nasihat supaya autogate terus lancar dan tahan lama.
Arm Autogate Specialist – Pasang Dan Baiki
Cepat dan berkesan servis autogate yang ditawarkan EE Automation. Cari sahaja auto gate near me untuk pasang dan baiki autogate anda. Kami sediakan membantu memberi penyelesaian untuk segala masalah autogate yang anda hadapi. Dengan team autogate specialist dan auto gate spare parts yang kami bawa, servis autogate terbaik sentiasa diberikan.
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs






Leave a Reply