Arm Autogate Tak Bergerak? Ini Tanda Perlu Ganti Arm Autogate Baru
Sekiranya arm autogate anda tak berfungsi dengan baik ada bunyi tapi tak bergerak, buka separuh jalan ataupun tersangkut tiba-tiba itu tanda arm autogate perlukan pemeriksaan atau mungkin perlu diganti. Masalah macam ni biasanya berlaku bila motor dalam arm dah lemah, gear haus atau mekanisme dalaman tak dapat tahan beban lagi. Jangan risau, kalau anda perlukan arm autogate replacement, kami ada pelbagai jenis spare parts untuk ganti arm sahaja tanpa perlu tukar keseluruhan sistem. Anda boleh pilih untuk kekalkan model yang sama bergantung pada jenama, atau tukar ke jenama lain seperti Tronica® Arm Autogate yang lebih stabil dan tahan lama.
Jika autogate anda guna jenama popular seperti Tronica®, Kron, FBM, DNOR, OAE 333A, E8, AGT dan beberapa model lain, kami memang ada spare parts lengkap untuk ganti arm jenama sama. Tapi kalau anda dah tak puas hati dengan prestasi arm lama contohnya selalu sangkut, bunyi kuat, atau perlu dibaiki berkali-kali anda juga boleh pilih tukar ke model lain. Kadang-kadang jenama lama sukar dapat spare parts di pasaran, jadi pilihan untuk bertukar ke sistem lebih baik seperti Tronica® memang lebih selamat untuk jangka panjang.
Cuma perlu ingat, bila tukar ke model lain, corak pergerakan arm mungkin tak sama sebab setiap jenama ada mekanisme dalaman berbeza. Ada yang buka lebih laju, ada yang lebih senyap, dan ada yang lebih smooth. Apa pun, kami akan terangkan dengan jelas supaya anda tahu model mana paling sesuai dengan jenis pintu pagar dan penggunaan harian anda.
2 Unit Arm Autogate Lama Digantikan Dengan Tronica® Arm Autogate
Kami menerima panggilan daripada customer dari Puchpng Jaya yang ada masalah sebelah autogate arm hanya terbuka separuh dan berhenti, customer suspect arm autogate tersebut sudah rosak. Dari apa yang customer beritahu, dalam beberapa bulan lepas dia baru sahaja menggantikan autogate control panel yang dilakukan kontraktor autogate lain tetapi mereka sekarang tiada spare parts untuk gantikan arm autogate sahaja. Itu yang customer hubungi kami, kawannya yang syorkan.
Untuk kepastian kami datang lakukan pemeriksaan yang terlebih dahulu dan sahkan yang memang arm autogate sebelah kanan telah rosak. Untuk gantikan satu batang arm, kami tawarkan pada customer sama ada ingin menggantikan dengan arm autogate model yang sama seperti yang digunakannya atau tukar kepada model autogate lain dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate. Pilihan customer adalah Tronica® Arm Autogate dan ingin menggantikan kedua-dua autogate arm kerana risau yang sebelah lagi akan rosak dan menyusahkan. Customer telah buat keputusan yang sangat tepat.
Servis Arm Autogate Di Selangor Dan Kuala Lumpur
Ramai customer yang memilih untuk menggantikan autogate arm lama mereka dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan Tronica® 929 Arm Autogate. Ini disebabkan kebanyakan customer tidak mahu terus menggunakan jenama arm autogate asal kerana ketahanan yang kurang memuaskan. Mereka lebih memilih untuk menukar kepada arm autogate yang lebih berkualiti seperti Tronica®.
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka ada after sales support yang boleh segera membantu.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs






Leave a Reply