Sebelah Autogate Tak Jalan? Mungkin Arm Autogate Rosak!
Sekiranya autogate anda hanya bergerak sebelah sahaja dan sebelah lagi langsung tidak bergerak, besar kemungkinan arm autogate pada bahagian yang tidak bergerak sudah rosak. Masalah ini memang selalu kami jumpa ketika buat servis autogate, terutamanya untuk autogate yang sudah lama digunakan atau sering terdedah kepada cuaca buruk. Bila arm rosak, autogate tidak dapat buka atau tutup dengan lancar, jadi penggunaan harian pasti terganggu. Jangan risau, kami boleh datang untuk buat pemeriksaan lengkap dan membawa spare part arm autogate terus bersama kami supaya jika perlu diganti, ia boleh dibuat pada hari yang sama. Tak perlu tunggu hari lain atau menunggu stok kerana team kami memang standby dengan pelbagai model arm autogate.
Ramai customer juga selalu bertanya, “Kalau nak ganti arm autogate jenama lain boleh ke?” Jawapannya, boleh sangat! Kadang-kadang arm autogate lama dah tak ada spare parts atau model lama dah discontinue, jadi kami akan cadangkan penggantian dengan jenama lain yang compatible dan berkualiti. Contohnya seperti Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate dan Tronica® 929 Arm Autogate, yang ramai customer kami gunakan dan puas hati dengan prestasi serta ketahanannya. Fungsi autogate tetap sama buka dan tutup dengan lancar cuma bentuk atau speed pergerakan mungkin berbeza sikit, tapi ia tidak mengganggu penggunaan harian.
Jadi, jika arm autogate anda bermasalah atau ada tanda-tanda kerosakan, jangan tunggu sampai autogate rosak sepenuhnya. Hubungi En. Sam sekarang untuk pemeriksaan dan gantian segera. Kami akan pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan baik pada hari yang sama, cepat, mudah dan berkesan. Dengan pengalaman dan spare parts lengkap yang kami bawa, masalah arm autogate dapat diselesaikan tanpa menyusahkan anda.
Kami Gantikan Dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate
Kami menerima panggilan daripada customer daripada USJ Subang Jaya yang ada masalah sebelah kiri OAE 333A Arm Autogate tak boleh berfungsi. Dari apa yang customer beritahu, autogate oae arm ini sudah agak lama dan tidak pasti siapa pemasang autogate asal, itu yang customer hubungi kami, kawannya yang syorkan. Apabila autogate sebelah tidak berfungsi, kemungkinan arm autogate tersebut rosak, apa-apa pun kami akan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Setelah pemeriksaan, kami sahkan yang oae arm autogate telah rosak dan ia perlu digantikan. Kami berikan pilihan sama ada customer ingin menggunakan model autogate yang sama ataupun boleh guna model autogate Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate yang mana design dan teknologi terkini, ia merupakan stainless steel autogate material sama seperti oae autogate arm yang customer gunakan sekarang. Customer buat keputusan dengan memilih Tronica®-828 arm autogate untuk digantikan dengan sebelah kanan oae autogate lama yang rosak. Dan ia keputusan yang sangat tepat.
Servis Arm Autogate – Pasang & Baiki
Kami sentiasa bersedia sekiranya ada customer yang kami pasang autogate untuk mereka dulu atau pernah baiki autogate untuk mereka yang hubungi kami memerlukan autogate repair service. Semua customer lama kami, tidak pernah gagal hubungi kami kerana kami adalah syarikat autogate stabil sejak dari 1996 lagi. Kami menggunakan contract number yang sama dari dulu sehinggalah sekarang.
Kepada anda yang urgent ingin autogate services, cepat hubungi EE Automation di 012 – 405 8791, kami datang bersama team yang pakar dan membawa semua autogate spare parts dan masalah autogate anda dapat terus diselesaikan. Kami akan pastikan autogate anda berfungsi seperti sedia kala.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012-4058791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs






Leave a Reply