Pakar Autogate Bukit Jelutong – Baiki OAE Autogate Dan Roda Pagar
Baru-baru ni, kami dihubungi oleh seorang customer dari Bukit Jelutong yang pernah kami pasang sistem OAE 333A arm autogate untuk folding gate mereka kira-kira 7 tahun lepas. Ini kali pertama customer hubungi kami semula selepas pemasangan. Katanya, autogate tak boleh buka dan mungkin ada masalah pada autogate control panel. Customer pun dah cuba tengok sendiri dalam kotak control panel dan perasan ada satu lampu pada board tak menyala, tapi tak pasti puncanya.
Kami datang ke rumah customer hari yang sama untuk buat pemeriksaan dan memang betul autogate control panel autogate rosak sebab ada cicak mati kat belakang board. Kami terus gantikan panel baru dan buat testing untuk pastikan autogate berfungsi seperti biasa. Masa tu kami perasan roda autogate melompat keluar dari trek setiap kali gate bergerak. Customer pun cakap benda tu memang dah lama jadi, tapi tukang pagar yang dijanjikan datang repair tak pernah muncul.
Kami pun terus tawarkan untuk ganti roda autogate (auto gate roller) dengan yang baru jenis stainless steel roller wheel yang lebih tahan lama dan kukuh. Lepas kami pasang dan betulkan alignment trek, gate tu dah boleh buka tutup dengan sangat lancar. Customer nampak gembira dan puas hati sebab tak sangka kami juga buat servis penggantian roda autogate, bukan setakat baiki sistem motor saja. Selesai satu kerja, barulah kami bergerak ke rumah customer seterusnya dengan rasa puas hati juga.
Penyelesaian Untuk Autogate Motor Dan Bahagian Pagar Anda
Kami di EE Automation menawarkan penyelesaian lengkap untuk semua masalah pintu dan autogate anda. Tak kira sama ada nak ganti auto gate roller, betulkan gate bearing, tukar gate track atau engsel pintu, semua tu kami boleh buat. Untuk bahagian autogate pula, kami sediakan servis baiki motor autogate, pemasangan sistem baru dengan jenama terkenal Tronica® Autogate, serta baiki remote control, arm autogate, dan pelbagai spare parts autogate lain yang sentiasa tersedia. Pendek kata, satu panggilan je semua urusan pintu dan autogate boleh kami selesaikan terus.
Yang membezakan kami dengan kontraktor lain ialah kepakaran kami dalam semua aspek sistem autogate dan mekanikal pagar. Kami bukan sekadar baiki motor autogate, tapi juga boleh uruskan masalah roda autogate, trek, dan bearing gate sekali gus. Jadi anda tak perlu panggil dua atau tiga orang berbeza untuk selesaikan masalah yang sama jimat masa, jimat kos, dan hasil kerja pun lebih kemas. Dengan pengalaman kami, kami pastikan autogate dan pagar anda berfungsi semula dengan lancar serta tahan lama.
Mencari Kontraktor Baiki Autogate Terbaik
Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica® Autogate customer akan segera hubungi kami.
Itu yang kami katakan penyelesaian autogate dalam satu hentian dibawah satu bumbung, kami datang boleh selesaikan semula masalah autogate dalam satu masa. Kami mempunyai team yang berkemahiran dan membawa semua autogate spare parts disana.
Kami menyediakan penyelesaian pembaikan autogate untuk perumahan di Bukit Jelutong dan Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk, tukar roda autogate, baiki autogate tak boleh buka, repair autogate motherboard, repair autogate remite control, folding arm autogare repair, swing arm autogate repair, menggantikan autogate arm, repair autogate, arm adjustment, tukar bateri autogate, baiki dan ganti sliding autogate motor, welding services for autogate, betulkan trek autogate serta banyak kali.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Market)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 014 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo






Leave a Reply