Arm Autogate Rosak – 2 Unit Arm Baru Diperlukan
Terima kasih Encik Malik kerana masih mempercayai servis autogate kami bagi menyelesaian masalah autogate. En Mail Cheras yang ini yang menghubungi kami berkenaan masalah autogate arm sebelah kiri bermasalah, tak boleh berfungsi dengan baik, kena push sedikit arm barulah ia boleh bergerak dan ingin menyusahkan. Itu yang customer inginkan penyelesaian cepat untuk menggantikan arm autogate yang rosak. Apabila melihat gambar arm autogate yang customer bagi, arm autogate asalnya adalah OAE 333a arm autogate, kami ada spare parts oae arm autogate baru dan original. Kami juga syorkan Tronica®828 arm autogate yang lebih kurang design dengan oae 333a arm, iaitu sama-sama stainless steel arm autogate, cuma harga Tronica®-828 Stainless Steel arm autogate kami lebih rendah nak dibandingkan dengan oae, tetapi kualitinya sama-sama bagus, kami kongsikan catalog dan gambar juga. Tidak lama selepas itu, customer buat keputusan memilih Tronica® arm autogate dan minta kami gantikan kedua-dua arm autogate lama walaupun hanya sebelah kiri yang rosak.
Jadi kami datang ke rumah customer hari ini untuk pasang Tronica®-828 stainless steel arm autogate, gantikan arm autogate lama. Semasa pemasangan dilakukan, customer tanya jika kami boleh gantikan bateri autogate, mestilah boleh, kami bawa autogate spare parts yang lain juga, jadi boleh berikan semua permintaan customer. Sekarang swing auto gate customer bergerak dengan sangat lancar.
Kenapa Kami Syorkan Tronica® Arm Autogate?
Setiap hari kami di EE Automation terima banyak panggilan dari customer sekitar Lembah Klang yang ada masalah arm autogate. Masalah pada bahagian arm ni memang tak boleh ambil ringan sebab ia adalah komponen utama yang gerakkan pintu buka dan tutup. Bila arm rosak, terus pintu tak boleh guna. Lebih mencabar, kos untuk repair atau tukar arm autogate biasanya agak tinggi. Sebab itu dari awal lagi penting untuk pilih sistem autogate yang berkualiti supaya tak perlu hadap masalah yang sama berulang kali.
Dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami dah jumpa macam-macam jenis masalah dan jenama. Dari situ, kami memang lebih yakin dengan produk yang tahan lasak dan terbukti kualitinya seperti Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dan Tronica®-929 Arm Autogate. Kedua-dua model ini direka untuk penggunaan jangka panjang, kuat dan stabil. Ramai customer kami yang dah guna bertahun-tahun tanpa banyak isu, dan paling penting, pergerakan gate lebih smooth dan senyap.
Kalau sekarang arm autogate anda dah mula buat hal seperti bunyi pelik, gerak tak sekata atau terus tak berfungsi, jangan tunggu sampai rosak teruk. Kami boleh bantu sama ada nak repair, tukar satu side atau kedua-dua sekali. Kalau nak kekalkan jenama lama pun boleh, sebab kami ada spare parts. Tapi kalau anda nak penyelesaian jangka panjang yang lebih tahan dan kurang masalah, kami memang sarankan upgrade ke Tronica® Arm Autogate. Pemasangan pun kami buat dengan kemas dan cepat, supaya anda boleh guna autogate dengan tenang tanpa gangguan lagi.
Servis Arm Autogate – Pasang & Baiki
Kami sentiasa bersedia sekiranya ada customer yang kami pasang autogate untuk mereka dulu atau pernah baiki autogate untuk mereka yang hubungi kami memerlukan autogate repair service. Semua customer lama kami, tidak pernah gagal hubungi kami kerana kami adalah syarikat autogate stabil sejak dari 1996 lagi. Kami menggunakan contract number yang sama dari dulu sehinggalah sekarang.
Kepada anda yang urgent ingin autogate services, cepat hubungi EE Automation di 012 – 405 8791, kami datang bersama team yang pakar dan membawa semua autogate spare parts dan masalah autogate anda dapat terus diselesaikan. Kami akan pastikan autogate anda berfungsi seperti sedia kala.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica® Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 03 – 8062 5891 / 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs







Leave a Reply