Autogate Specialist
Call Us: 03 – 8062 5891

Servis Baiki Autogate On The Spot – Cepat Kenalpasti & Terus Selesaikan Masalah

Servis Baiki Autogate On The Spot – Cepat Kenalpasti & Terus Selesaikan Masalah

Sekiranya autogate tiba-tiba tak boleh buka, sama ada kedua-dua belah tak jalan atau sebelah saja rosak, memang kena buat pemeriksaan dulu untuk tahu punca sebenar. Setiap hari kami handle kes macam ni, jadi kami dah biasa jumpa pelbagai masalah autogate. Walaupun kami memang berpengalaman dan boleh agak punca kerosakan dengan cepat, kami tetap akan buat troubleshooting untuk pastikan diagnosis tepat. Lepas itu, kami boleh terus buat repair autogate on the spot tanpa buang masa.

Kelebihan servis kami, kami memang datang dengan spare parts autogate yang lengkap. Bila dah tahu bahagian mana rosak, kami boleh terus tukar tanpa perlu tunggu order barang. Ini sangat membantu sebab customer tak perlu tunggu lama atau hadap masalah autogate berhari-hari. Kami faham bila autogate rosak, memang menyusahkan nak keluar masuk pun jadi susah. Sebab tu kami fokus untuk selesaikan masalah dengan cepat supaya autogate anda boleh guna semula macam biasa.

Untuk kes arm autogate lama pula, contohnya kalau sebelah arm autogate rosak, kita boleh tukar sebelah tu sahaja kepada jenama lain seperti Tronica® autogate arm, manakala sebelah lagi yang masih elok boleh terus guna. Memang dari segi rupa mungkin tak sama kiri kanan, tapi fungsi tetap ok dan autogate masih boleh buka tutup dengan lancar. Yang penting, anda tak perlu tukar satu set terus dan boleh jimat kos.

Swing Arm Autogate Repair Shah Alam
Swing Arm Autogate Repair Shah Alam

Sebelah Kanan Arm Rosak Digantikan Dengan Tronica® Arm Autogate

Apa yang terjadi kepada customer di Shah Alam ini dimana swing arm autogate sebelah kanan stuck separuh jalan, jadi customer terpaksa release arm autogate untuk buka pagar manual supaya boleh keluar masuk. Dari apa yang customer beritahu, pertama original installer dulu memang sudah hilang, call tak dapat. Kedua customer call kontraktor autogate Shah Alam tapi mereka tak datang lagi, terus cakap tak ada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan dan tak boleh tukar satu batang autogate arm dan minta customer untuk pasang autogate set baru. Ketiga, customer hubungi kami EE Automation, kami beritahu akan datang lakukan arm autogate troubleshooting dengan bersama autogate spare parts. Itu yang customer terus minta kami datang secepat mungkin.

Selepas troubleshooting, memang confirm arm autogate sebelah kiri telah rosak. Kami ada spare parts untuk gantikan 1 unit arm autogate tetapi guna model autogate yang lain. Customer terus setuju, katanya arm autogate yang digunakan tidak tahan lama. Jadi kami gantikan dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate untuk sebelah kiri. Nanti jika sebelah kanan pula rosak, akan hubungi kami untuk dapatkan arm autogate replacement.

Arm Autogate Spare Parts Shah Alam
Arm Autogate Spare Parts Shah Alam

Autogate Spare Parts Tersedia – Kami Boleh Bantu Bila-bila Masa

Kami sentiasa membawa arm autogate spare parts untuk famous autogate brand seperti tronica, kron arm autogate, dnor 712 arm autogate, dnor 212 arm autogate, oae 333a arm autogate dan beberapa jenama lain. Tetapi jika arm autogate anda tiada spare parts dipasaran, boleh sahaja guna jenama autogate arm lain, maksudnya sebelah kanan yang rosak tukar kepada jenama lain contohnya kron autogate arm dan sebelah kiri yang okay, guna balik jenama model yang asal ataupun ada ingin tukar kedua-dua arm autogate pun boleh. Sebab ada customer yang tidak suka menggunakan autogate arm berlainan.

Kami berbangga menjadi pusat pemasangan dan servis baiki autogate untuk semua jenama autogate. Team kami pakar dalam pasang autogate baru, tukar arm autogate, baiki autogate remote control, autogate autogate control board, baiki roda autogate, ganti gate bearing dan welding autogate. Tujuan kami adalah memastikan autogate anda berfungsi dengan baik. Dengan pengalaman dan kemahiran yang kami miliki, kami menawarkan servis autogate yang terbaik yang pesaing kami tidak mampu tanding. Sekiranya anda ingin pasang autogate baru, dapatkan Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate.

Hubungi Encik Sam 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 dan website https://www.eeautomation.com.my sekarang untuk keperluan autogate anda.

Leave a Reply

About Us

EE Automation is a supplier and installer of Security Systems including CCTV systems, Alarm systems, Door Access Systems, Barrier Gate Systems, and MATV.EE Automation has been in business since 1998 and has become a nationally recognized leader in the security industry and has partnered with companies like Super Guard, Skycam, Samsung, Paradox and Panasonic. Our area of services include Kuala Kumpur (KL), Petaling Jaya (PJ), Puchong, Shah Alam and Cheras.

Find out more about us here.

Contact Us

Call Us Now!
03 – 8062 5891

EE Automation & Technology Sdn Bhd

33, Jalan Puteri 1/8,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor
(Next to Giant/ Behind Hotel 99)

Tel 1: 03 - 8062 5891
Tel 2: 03 - 8052 1200
Mobile: 012 - 405 8791
Mobile: 016 - 639 2272

Email: [email protected]

Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeCheck Our Feed
WhatsApp us
Call Now ButtonCall Us Now