Pelbagai Tronica® Arm Autogate Folding Spare Parts Tersedia
Jika anda berdepan dengan masalah arm autogate sebelah sahaja tidak berfungsi, anda sebenarnya tidak perlu tukar keseluruhan sistem autogate. Dalam kebanyakan kes, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggantikan satu unit arm autogate sahaja. Anda boleh pilih sama ada nak guna model yang sama seperti asal atau tukar kepada model lain yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Apa yang penting, installer atau repairer autogate perlu tahu cara setting dan pemasangan yang betul supaya kedua-dua belah arm boleh bergerak dengan seimbang.
Malangnya, masih ada sesetengah tukang atau syarikat autogate yang akan beritahu pelanggan kononnya “kena tukar satu set terus”. Jika anda diberitahu begitu tanpa pemeriksaan yang jelas, sebaiknya anda cari autogate contractor lain yang lebih jujur dan berpengalaman. Sebenarnya, menggantikan arm autogate sebelah sahaja memang boleh dibuat selagi sistem autogate masih sesuai dan berfungsi dengan baik. Dengan cara ini, anda boleh jimat kos dan elakkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Di EE Automation, kami sentiasa menyimpan stok spare parts autogate yang mencukupi untuk pelbagai jenama dan model. Kami faham tidak semua kerosakan perlukan penggantian keseluruhan sistem. Sebab itu kami akan cadangkan solusi paling jimat dan praktikal untuk customer, sama ada tukar satu arm autogate atau kedua-duanya jika perlu. Dengan pengalaman dan alat ganti yang lengkap, kami pastikan autogate anda boleh berfungsi semula dengan lancar, selamat dan tahan lama, tanpa membebankan bajet anda.
Gantikan Dengan Tronica® Arm Untuk Kedua-dua Belah
Seperti customer dari Bangi yang ini yang menghubungi kami berkenaan masalah stainless steel autogate arm sebelah kiri bermasalah, tak boleh berfungsi dengan baik, kena push sedikit arm barulah ia boleh bergerak dan ingin menyusahkan. Itu yang customer inginkan penyelesaian cepat untuk menggantikan arm autogate yang rosak. Apabila melihat gambar arm autogate yang customer bagi, kami ada spare parts untuk arm autogate yang digunakan dan kami juga syorkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate dengan kongsi gambar serta catalog. Customer setuju untuk gunakan model Tronica®, katanya nampak lebih kukuh dan harga juga lebih rendah dan minta kami gantikan kedua-dua arm autogate lama walaupun hanya sebelah kiri yang rosak. Komponen motherboard autogate, transformer autogate, remote control autogate dan kotak autogate digunakan guna yang asal punya. Kata customer, sebelah kanan juga sudah lama dan risau jika tiba-tiba ianya rosak.
Jadi kami datang ke rumah customer hari ini untuk pasang Tronica® arm autogate, gantikan arm autogate lama. Semasa pemasangan dilakukan, customer tanya jika kami boleh gantikan bateri autogate, mestilah boleh, kami bawa autogate spare parts yang lain juga, jadi boleh berikan semua permintaan customer. Sekarang folding auto gate customer bergerak dengan sangat lancar.
Servis Autogae Teratas Yang Dipercayai
Mencari auto gate repairer Cheras? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? EE Automation anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, kami memang specialist for autogate.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica® now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica Arm Autogate System kami.
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero market)
Hotline: 012 – 405 8791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Youtube: https://youtu.be/HZqFVmt0nNs






Leave a Reply