Kami Tukar Autogate Panel & Roda Gate Sekali Gus!
Kami dihubungi oleh seorang customer dari Damansara yang menghadapi masalah folding arm autogate tak berfungsi. Customer beritahu dia syak mungkin ada masalah pada swing autogate control panel, sebab bila dia buka kotak autogate, ada lampu pada board yang tak menyala. Tapi dia sendiri tak pasti punca sebenar, tambah pula installer asal autogate tersebut sudah tidak lagi buat servis. Jadi dia terus hubungi kami untuk datang periksa dan baiki.
Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, memang betul autogate control panel dah rosak. Selain itu, kami dapati motherboard yang digunakan sangat lama, transformer autogate pun bukan jenis standard, dan receiver juga dah tak berfungsi dengan baik. Jadi kami syorkan untuk tukar semua parts dalam kotak autogate termasuk motherboard, transformer, receiver dan juga set remote baru (1 receiver + 3 remote). Lepas customer lihat sendiri keadaan wiring dan komponen dalam kotak tu, dia terus setuju untuk tukar semuanya. Dalam masa yang sama, dia juga minta kami tukar bateri autogate kepada yang baru.
Tukar S3 Board Autogate Dan 2 Unit Stainless Steel Gate Roller
Semasa kami buat testing selepas menukar semua parts, kami perasan yang roda autogate selalu terkeluar dari trek. Gate jadi tersangkut dan bergerak tak smooth. Bila tanya customer, dia kata memang masalah tu dah lama berlaku dan dia dah hubungi kontraktor gate lain tapi sampai sekarang tak datang-datang. Jadi masalah tu terus berlarutan. Kami pun tawarkan untuk bantu tukar roda autogate sekali, sebab masalah macam ni kalau dibiarkan lama memang boleh rosakkan motor arm dan bebankan sistem autogate.
Customer terkejut bila tahu kami juga buat servis auto gate roller replacement, sebab ramai installer hanya baiki autogate motor tapi tak sentuh masalah pintu pagar. Tanpa fikir panjang, dia terus setuju untuk kami buat sekali. Kami pun terus ganti roda lama dengan stainless steel auto gate roller wheels yang lebih tahan lama dan sesuai untuk folding gate. Dengan teknik pemasangan yang betul dan peralatan lengkap, proses penggantian berjalan lancar tanpa rosakkan gate.
Selepas semua siap, kami test semula keseluruhan sistem. Kali ini folding autogate bergerak sangat smooth, tak tersangkut, tak bunyi pelik dan tak terkeluar trek lagi. Customer sangat puas hati sebab dalam satu lawatan, semua masalah autogate dan gate selesai sekali gus board rosak dah tukar, remote baru, bateri baru dan roda pun baru. Barulah selepas semuanya beres, kami bergerak ke rumah customer seterusnya.

Mencari Kontraktor Baiki Autogate Terbaik Di Klang Valley
Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru Tronica®-929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System ataupun Tronica® sliding autogate system customer akan segera hubungi kami.
Team kami akan datang secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah autogate rosak anda dengan cara baiki autogate yang cepat dan berkesan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
Looking to get an autogate installed? Check out our Tronica now
Sekiranya ada ingin menggantikan underground swing auto gate system yang lama atau arm auto gate yang sudah rosak, kami sangat recommend anda menggunakan Tronica Arm Autogate System kami.

EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Market)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 012-4058791
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Website: https://www.eeautomation.com.my
Youtube: https://youtu.be/7yXJFafhczo / https://youtu.be/nvSifMMO9Jk




Leave a Reply