Gantikan Dengan Tronica®-1500 AC Sliding Autogate System
Sekiranya sliding autogate kat rumah anda dah mula perlahan, berbunyi pelik atau kadang-kadang tak jalan langsung, itu dah tanda awal motor dia mula rosak. Ramai customer kami pada mulanya ingat itu benda biasa, tapi bila dibiarkan, motor terus berhenti dan pintu pagar tak boleh buka langsung. Lagi haru bila jadi waktu nak cepat contohnya pagi-pagi nak pergi kerja atau masa hujan lebat. Motor sliding autogate yang dah haus memang akan menyusahkan, dan paling risau kalau pagar tersekat tengah jalan bahayakan keselamatan rumah kita juga.
Kami di EE Automation memang banyak pengalaman handle kes macam ni. Bila anda contact kami, kami akan datang buat pemeriksaan dulu. Kalau sah motor dah lemah atau rosak, kami akan suggest tukar ke Tronica® AC atau DC Sliding Autogate System. Motor ni power, smooth, dan tahan lama. Sesuai untuk kegunaan harian yang kerap. Lagi best, sistem ni lebih senyap dan gerakannya lancar – tak ada lagi bunyi bergegar atau tersekat-sekat. Kami juga akan pastikan semua wiring, rail dan gear system dalam keadaan baik masa pemasangan.
Jangan tunggu sampai motor rosak terus baru nak cari bantuan, sebab kadang-kadang kos repair akan jadi lebih tinggi bila banyak part dah terjejas. Kalau motor sliding autogate anda mula tunjuk simptom pelik, baik terus buat pemeriksaan awal. EE Automation sedia bantu dari segi servis check, baiki atau terus pasang motor sliding autogate yang baru. Nak cepat? Boleh terus WhatsApp kami di ? 012-405 8791 kami akan bantu anda secepat mungkin supaya autogate rumah kembali lancar seperti biasa!
G-Force Sliding Autogate Motor Lama Tidak Dapat Dibaiki Lagi
Masalah motor sliding autogate lama memang perkara biasa, macam kes customer kami di Bukit Ampang ni. Beliau guna Gforce SL1000 Sliding Autogate dah lebih 11 tahun, dan sekarang motor tu asyik sangkut-sangkut. Bila sangkut, customer akan unlock motor guna kunci, lepas tu lock balik barulah autogate tu boleh bergerak semula. Tapi sekarang dah tak boleh nak buat macam tu sebab tempat masuk allen key dah haus, pusing pun tak makan. Bila kami dapat tahu masalah ni, kami terus hubungi kilang G-Force, dan mereka sendiri cakap motor tu dah tak boleh baiki, lebih baik tukar baru terus.
Jadi, kami pun cadangkan pada customer untuk tukar ke Tronica® 1500 AC Sliding Autogate Motor, sebab design sliding gate rumah dia memang sesuai dan motor ni heavy-duty, sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang. Customer setuju dengan cadangan kami sebab dia pun dah penat ulang-alik dengan masalah sama. Pagi tu juga kami terus buat pemasangan Tronica® Sliding Autogate baru, dan customer sangat puas hati sebab autogate dah lancar semula. Lepas siap kerja tu, kami terus ke Wangsa Maju untuk sambung baiki OAE Autogate dan Dnor Autogate pula. Memang harini penuh dengan servis autogate!
Kami Tawarkan Pemasangan Tronica® Autogate Profesional
Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira Tronica® sliding autogate system atau Tronica® swing arm autogate system. EE Automation juga menawarkan perkhidmatan pemasangan Tronica® autogate profesional untuk menyiapkan autogate baru anda dengan betul untuk prestasi terbaik dan harga auto gate juga berpatutan.
Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Anda boleh terus hubungi kami di 012 – 405 8791 boleh whatsapp https://wa.me/60124058791 kami akan pastikan autogate anda berfungsi semula dengan cepat. Anda juga boleh ke website kami untuk lebih info.
Leave a Reply