Baiki G-Force Sliding Autogate – Pemasang Autogate Tidak Dapat Dihubungi
Apabila autogate mengalami masalah, kebanyakan pemilik rumah akan cuba menghubungi pemasang asal terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika sistem autogate itu masih baharu dan di bawah jaminan. Namun begitu, tidak semua installer boleh dihubungi semula selepas pemasangan selesai, ada yang tukar nombor, tidak beroperasi lagi, atau sekadar tidak mahu datang untuk membaiki. Situasi seperti ini sememangnya mengecewakan, terutamanya bila autogate tidak berfungsi dan menyusahkan rutin harian. Di sinilah EE Automation memainkan peranan penting. Kami menerima banyak kes dari pelanggan di Selangor dan KL yang mengalami masalah sebegini – autogate rosak, tetapi installer asal tidak lagi dapat dihubungi. Jangan risau, kami bersedia untuk membantu dengan pengalaman luas dalam membaiki pelbagai jenis autogate, tanpa mengira jenama atau model.
Pasukan teknikal EE Automation akan datang ke lokasi anda dengan lengkap bersama alat ganti dan melakukan diagnosis sistem autogate secara menyeluruh. Ini penting untuk mengenal pasti dengan tepat sama ada masalah berpunca daripada remote control, receiver, PCB board, motor, atau bahagian lain. Kami hanya akan menggantikan komponen yang benar-benar rosak – tiada pembaziran, tiada caj tersembunyi. Matlamat kami adalah memastikan autogate anda kembali berfungsi seperti biasa, boleh dibuka dan ditutup dengan hanya satu tekan pada remote. Malah, kami akan cuba hadir dan menyelesaikan masalah anda pada hari yang sama, bergantung pada slot yang tersedia. Servis cepat, profesional dan telus — hubungi EE Automation sekarang untuk buat temu janji dan biarkan kami uruskan segalanya untuk anda.
Kami Tukar Gforce Sliding Autogate Receiver Dan Remote Control
Servis baiki autogate remote diperlukan di Shah Alam dimana customer tidak boleh menggunakan autogate remote untuk membuka pintu pagar tetapi boleh jika guna autogate push button, suis dalam rumah. Dari apa yang customer beritahu G-force SL1000 ac sliding autogate motor ini baru sahaja dipasang beberapa bulan dan lebih teruk lagi customer tidak dapat menghubungi original autogate installer Shah Alam. Customer telah cuba menggantikan bateri remote autogate tetapi masih sama. Kemungkinan bukan masalah dengan remote control, tapi auto gate parts yang lain seperti autogate remote receiver.
Selepas lakukan pemeriksaan, kami dapati auto gate parts yang rosak adalah auto gate remote receiver dan customer menggunakan autogate receiver 330mhz, jenis lama walaupun sliding autogate motor baru. Yang terkini iaitu 433mhz autogate receiver dan autogate remote, berkualiti tinggi, boleh buka autogate dari jarak jauh. Setelah setuju dari segi autogate part dan harga, kami gantikan autogate remote control set 433mhz. Sekarang dah boleh buka tutup autogate menggunakan autogate remote control, dari jarak jauh pun sudah boleh buka.
Servis Autogate Dari Pagar Dan Berpengalaman
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di EE Automation hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate termasuk pelbagai jenis seperti sliding autogate, swing arm autogate dan folding arm autogate.
Jangan risau lagi sekiranya ada masalah sliding autogate rosak dan auto gate installer/ repairer anda tak boleh baiki. Kami berikan best autogate solution dimana autogate anda dapat diselesaikan dengan cepat, mudah dan berkesan. Hubungi 012 – 405 8791 untuk keperluan autogate anda.
Kami menyediakan auto gate repair service Klang Valley! Baiki autogate anda dengan 3 langkah
Langkah 1: Tangkap beberapa gambar autogate dan nyatakan apa yang ada perlukan
Langkah 2: Whatsapp kepada https://wa.me/60124058791
Langkah 3: Juruteknik kami akan menghubungi anda untuk appointment
EE Automation & Technology Sdn Bhd
Showroom: 33, Jalan Puteri ⅛, Bandar Puteri
Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
( Besides Hero Supermarket)
Hotline : 03 – 8062 5891 / 016-639 2272
Whatsapp: https://wa.me/60124058791
Leave a Reply